Satu penghayatan dan renungan bersama
*Engkau bagai air yang jernih*
🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)
*Di dalam bekas yang berdebu*
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.
*Zahirnya kotoran itu terlihat*
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain
*Kesucian terlindung jua*
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.
*Cinta bukan hanya di mata*
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat
*Cinta hadir di dalam jiwa*
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah
*Biarlah salah di mata mereka*
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat
*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia
*Kuharap engkau kan terima*
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi
*Walau di pandang hina*
🔹Sebagai hamba yang hina
*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata
*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
🔹Di alam akhirat
*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya
*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar
*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat
*Bukan khayalan, yang aku berikan*
🔹Kitab Al Quran
*Tapi keyakinan yang nyata*
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.
Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 26 tahun baru terurai isinya..😔😊
tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu,
*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*
_*WaAllahuallam*_
Tidak ada komentar:
Posting Komentar